-->

Who Wants This? Baby Phat Pretty Embossed Crossbody. Anyone?

Hi assalamualaikum.
Ini entri tolong kawan ye. Hihi.

So now who wants to buy this crossbody bag? Still in a very good condition. Price tag pun ada lagi. Tak pernah pakai since bag ini terlalu kecil untuk dia. She bought this bag last year from Baby Phat punya website dalam early November. Originally from the website. 100% authentic. Bukan Thailand mari tau :> Oh btw, color dia macam maroon sikit, plum sikit. Eh? Color dia sebijik macam dalam gambar ni. Tak pink pun, and takde cacat cela pun. That's for sure.


  • Features include a gold tone plaque at the center.
  • Monogram embossed side panels and stud accents.
  • Adjustable strap is fastened by metal O-rings.
  • A zip at the top closure.
  • Fully lined interior.
  • Multi functional compartments.
  • 12"(L) x 7.5"(H) x 1"(W)
  • Strap drop: 20.5"
  • Price: RM125.00 (Including postage) Updated: Price can be negotiated.

So now who wants this bag? Sebenarnya banyak lagi gambar. Tapi kalau ada yg betul-betul nak beli, boleh tinggalkan comment. Nanti kita boleh contact and bagi tengok gambar yg lain. For customer satisfaction kan? :) 

Hope to get customer soon. Sebab kawan kita ni ikutkan hati dia nak buang je bag ni :/ Daripada buang baik jual kan? So siapa nak beli, boleh tinggalkan comment tau! 

BYE!

Random Update #2

3.50pm
Hai assalamualaikum.
Kegiatan masa cuti, menolong ibu di kedai.
Ya, ibu ada bakery. So let's see what we have here.



Sebenarnya aku tak berapa minat baking semua ni. Tapi sekarang dah jadi macam trend, perempuan sikit sikit nak baking. Even nak sleepover rumah member pun atas alasan untuk baking. Tiba-tiba buat aku rasa menarik jugak baking ni and why not aku try. Lagipun dah alang-alang ibu sendiri ada bakery kan. Lagipun bukan aku yg bakar cake, obviously ada pekerja yg bakarkan. Aku cuma belajar decorate cake, and basically tolong packing doorgift or roti yg sekolah order. Seriously masing-masing kalau order bukan sikit. So apa yg menariknya, kerja macamni memang penat. Oh ya, post tertangguh sebab tadi main Temple Run.. and I scored the highest score for today! \m/

Oh. Siapa nak order or nak usha website ibu, boleh bagitau.
BYE!
4.34pm

Random Update #1

3.15pm
Hai assalamualaikum.
Mari kita bersihkan sawang dekat blog ni.
Sedikit gambar beserta cerita, mohon tiada yg bising.



Sebenarnya sekarang cuti. Tapi sebenarnya aku yg malas nak update blog. Eh? Bukan. Sebenarnya almost everyday aku ikut ibu pergi kedai, tolong buat cake and roti semua. Oh ya, ibu ada bakery. Kalau tak ikut ibu pergi kedai, aku habiskan masa tengok How I Met Your Mother. Now you tell me, ada ke orang yg tak tengok HIMYM? Hahaha. Cerita ni best okay. And btw aku memang peminat LemeLeme. One day, I will get myself an iPhone. Harus. Sebab dekat BlackBerry, takde application LemeLeme ni. And Temple Run too! Addictive okay! K. Nak iPhone jugak. Hihi.

Random sangat entri ni. Gambar takde kaitan, entri takde kaitan. Takpelah, asalkan blog berupdate.
Kan? :D


3.27pm
HAPPY CHINESE NEW YEAR!

Hello 2012, Be Good, Be Good

9.24pm
Hai assalamualaikum.
Blog picisan ni takde lagu menarik, takde hiasan comel comel.
Mohon jangan bosan membaca.

Hell yeah today is the 1st January of 2012. Be excited please? Cause I'm trying hard to make myself excited with today. Though I didn't do anything pun since I'm stuck here with the study week and exam. Fireworks? Hmph jauh sekali. Mana nak dapat bunga api tengah Tronoh ni? Ingatkan PETRONAS support la bunga api sikit, ada la menarik jugak. Ni langsung takde. Sobsob T_T

So apa yg menarik hari ini? 


You see there? Baju berlambak aku keluarkan daripada almari. Sebab almari berhabuk macam tak tahu nak gambarkan macam mana. So keluarkan semua, dan bercadang untuk packing terus, senang nak pindah after exam nanti. Lagipun boleh asingkan terus baju yg tak guna, boleh jual dan dapat extra pocket money. Hihihi. 

Dan hasilnya.. *insert drum roll here*


Tarapapapapa! Kosong gila, simple, kemas, dan menawan. Eh? Puji almari sendiri nampaknya. Tapi betul la kan? Kemas kan? Semua aku lipat, sumbat sampai mampat masukkan dalam luggage yg besar tu. Tshirt dengan baju tidur masukkan dalam beg yg berbunga-bunga tu. Baju kurung? Maintain hanger macam biasa. Baru nampak kemas :D You see that? Haaa, 2 jam je dah boleh siap kemas semua tu. Cepat ke lambat, itu belakang cerita. Yg penting, puas hati sebab dah bersih. Hihi, dah boleh kahwin rasanya ni. Kbaisz :p

Oh entri terpanjang pulak. Sebenarnya nak share gambar ni je, gambar untuk semua orang! \m/

"I wish everyone of you a peaceful new years eve with you friends and family and also a happy and prosperous 2012. May all your dreams come true."


9.43pm

Goodbye 2011, HELLO 2012!

Goodbye Memories, Goodbye 2011

4.04pm
Hai assalamualaikum.
Mari mulakan entri terakhir tahun ini.
Entri ini superb panjang. Siapa rasa dia malas baca, boleh berundur.

I don't know if you guys realize this or not but I haven't posted anything on this blog since God knows when. Hikhik. Sorry to the fact that I've been away for so long. Since today is the last day of 2011, I think it would be great if I post something really long, to describe what had happened to me, throughout the year, though this year may not be the best year for me of course.

JanuariI updated my education status on Facebook from SBPI Selandar to Universiti Teknologi PETRONAS. I thank Allah for giving me chance to further my study here, in IT course. Memang takkan aku lupakan tarikh 17 Januari :') But frankly speaking, being far away from your family is not a good idea. But life must goes on. Kalau dulu orang kata Fateen Atiqah tak reti berdikari. Ehem. Ingat lagi pengalaman pertama aku menaiki bas dengan kawan-kawan? See? Sekarang balik rumah naik bas sensorang pun dah pandai okay.


Bus stop, for the first time :p

Now we move on to February and March. Uhmm. There's nothing much happened during these 2 months I guess? Cause I can't remember anything. But I guess someone had really make me pissed off since I found this post. Apa semua ni? Atotototo, cute lah marah macamni Fateen? Blurgh. Rasanya masa tu marah dekat this one guy, sebab dia gelakkan aku mengamuk. Eh? Mengamuk ke menangis entah? Duh can't recall. Biarlah orang tu ingat sendiri, heheh.


With the two gay friends. Hahahaha.

Moving fast moving fast now we're in April! *scanning data* *recalling memories* Oh! Masa ni ada join Foundation Team Building punya program dekat PLKN Teluk Rubiah. Best dan menarik! Terasa jugak kehidupan macam budak PLKN though masa ni macam tak ramai yg pergi. But this is what we call experience. Siapa tak pergi memang rugi. Hikhik. Now moving on to May! Uhm. Rasanya macam takde benda best since we had our first final exam masa bulan ni. So yeah, ada study week and study week bosan, that's for sure.

June and July got nothing to share since I can't remember anything. Ah senang cerita August dengan September pun sekali. K. Sebenarnya aku yg dah malas nak type. Blogging costs me a lot yknow? Le sigh.. Let's just post lots of pictures and let them do the talk eh? :>


Paling epic 2011. Hewhew.

Pengalaman hidup paling best, gambar paling epic. Hahahaha. Siapa sangka boleh accident? Tarikh keramat 2011, 18 Ogos. Memang takkan lupa tarikh ni. Like seriously, bersyukur sangat sebab aku masih punya nyawa sekarang. Thank you Allah, ini pengalaman dan pengajaran untuk aku sendiri. Memories :')


18th birthday celebration with granny :')

Raya 2011 with the family :')

Well well well, 2011 has been a tough year for most of us, especially myself. I learnt how to be independent and to stay away from home, that is not easy. Especially for me, yg memang daripada form 1 stay dekat sangat dengan rumah kan? But those are the challenges that actually made us grow stronger day by day. Ehem. Nak gambar lagi? Rasanya ada gambar lagi. Hihihi. *selongkar folder gambar*


Class party, ICT/BIS 2011.

With Vice Chancellor UTP, Convofair 2011.

Okay too much and too long. Dah patut berhenti dah. No one cares to read this post btw, since this blog is no longer on their blog list. Sobsob. Next time insyaAllah I'll update more often. Ehem. Is this considered as my new year resolution? :>

Thank you 2011, for those memories :')
7.12pm


You see how long it takes for me to make this post? Whoa :O 
Now let's bring it on 2012!

Dahlia Teck vs Aimie Harmelia

Hai assalamualaikum.
Nama saya Fateen, saya baik.
Tapi saya layan gossip jugak. Hihihihi

Nak tahu apa cerita paling best sekarang? Hahahaha. Nak gossip tak syok lah guna saya-awak kan. Tak classs youuu. Hahahaha. Aku macam tertarik nak share dua blog ni. Dua dua blog gossip mengutuk mengata habis. Tapi bila baca macam kelakar pun ada. Kadang-kadang macam kesian pun ada. Tapi lantaklah taknak campur dunia diorang ni. Kita baca, kita gelak sendiri. Alah, standard lah kalau baca gossip kan.

Blog sebenar, Aimie Harmelia (Jejari Runcing)


Latest post pun sedih je. Harapnya bersabarlah kak. Dah nasib nak buat macam mana kan. Allah suka orang yg bersabar. Dan bersabarlah. Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar (8:46)

Blog gossip pertama (Jejari Tak Runcing)


Blog ni memang gossip habis. Tapi ada yg kelakar ada yg geram. Tapi malas nak ambik kisah, kalau rasa nak baca, baca jelah. Aku baca gelak-gelak je. Sebab aku tak memihak siapa-siapa. Tapi dekat blog ni memang macam sebelahkan Dahlia Teck je. Huehue

Blog gossip kedua (Jejari Terlebih Runcing)


Kihkihkih. Aku baru jumpa blog ni harini. SO macam tak habis explore lagi. Satgi nak baca lagi. Tapi blog ni payah sikit nak baca, font besar sangat pastu senget sana sini. Terabur haih. Itulah payah jari terlebih runcing. Apa celup? Hahahaha.

OK enough. Aku bukan nak buat blog review pun dekat sini. Tapi dengar khabar Dahlia Teck suka baca blog Jejari Tak Runcing tu. Hahaha, memang lah dia suka sebab dekat sana semua menyebelahi dia je. 

Aku? No comment. Tak sebelah siapa-siapa pun k.